Jan 31, 2014 - Uncategorized    No Comments

Saf Kanak-Kanak

Adalah di sini diberi penjelasan terhadap aturan saf bagi kanak-kanak yang bersembahyang bersama orang dewasa. Dimaksudkan dengan kanak-kanak; adalah kanak-kanak mumayyiz yang belum baligh. Biarpun belum baligh, dianggap sah sembahyangnya jika mengikut syarat rukun sembahyang.

Dari Abu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, kemudian mereka yang berikutnya.” (HR. Muslim)

Difahami daripada hadis ini, yang patut didahulukan dalam saf adalah orang dewasa, dan kemudiannya barulah yang bukan dewasa iaitu kanak-kanak. Selagi ada orang dewasa, maka dipenuhkan saf pertama itu dengan orang dewasa terlebih dahulu. Begitulah saf kedua dan ketiga seterusnya diberi keutamaan kepada orang dewasa terlebih dahulu.

Dari Anas bin Malik, katanya:

“Aku dan seorang anak yatim solat bersama-sama di rumah kami, di belakang Nabi saw. Sedangkan ibuku, Ummu Sulaim, di belakang kami.” (HR. Bukhari)

Hadis ini memberi petunjuk yang membolehkan kanak-kanak berdiri satu saf dengan orang dewasa. Malah dalam hadis lain ada keterangan menujukkan Ibnu Abbas bersembahyang bersama-sama orang dewasa dalam satu saf, dan tiada yang menegurnya sedangkan dia waktu itu belum baligh lagi. Ini membawa maksud tidak ada masalah kanak-kanak bersembahyang satu saf dengan orang dewasa jika sudah tiada lagi orang dewasa untuk memenuhkan saf. Ia juga memberi faham kepada kita yang kanak-kanak didahulukan daripada perempuan dalam aturan saf.

Aug 23, 2012 - Uncategorized    No Comments

Puasa 6

Puasa sunat syawal ini ada disabdakan oleh Rasulullah yang mana sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti 6 hari di bulan syawal dia dianggap seperti berpuasa setahun (pahalanya). Hukumnya sunat muakkad yakni sangat dituntut. 
 


Falsafah berpuasa

Mengapa dianjurkan berpuasa sunat syawal ini adalah menepati hadis Rasulullah bahawa di Akhirat nanti amalan pertama dihisab ialah solat fardhu. Maka jika ada kekurangan pada solat fardhu itu, Allah suruh malaikat melihat amalan solat sunatnya agar dapat menampung kekurangan tersebut. Begitulah kaedahnya untuk amalan-amalan lain seperti puasa.

Diharapkan dengan puasa sunat syawal ini, ia dapat menampung kekurangan yang ada pada puasa fardhu Ramadhan. Selain itu, ia adalah hadiah daripada Tuhan kepada mereka yang bersungguh-sungguh melakukan amalan lahir batin dalam bulan Ramadhan untuk meneruskannya di bulan Syawal melalui puasa tersebut.


Hari-hari berpuasa

Adapun ulamak berbeza-beza dalam perkiraan harinya samada 6 hari itu diadakan secara terus-menerus atau boleh berselang seli. Yang lebih utama adalah diadakan secara terus menerus selama 6 hari. Yang utama juga dimulai pada 2 syawal dan diakhiri pada 7 syawal. Boleh juga dilakukan pada mana-mana hari bulan syawal dan boleh juga diakhirkan pada minggu terakhir syawal. Bagi mereka yang tidak dapat melakukannya secara terus, maka dianjurkan berpuasa pada hari-hari disunnahkan berpuasa seperti hari Isnin dan Khamis.


Berpuasa tetapi ada undangan / tetamu

Bagi mereka yang berniat berpuasa kemudian mendapat undangan, maka boleh sahaja membatalkan puasanya dengan niat menghiburkan hati orang yang membuat jemputan. Maka atas puasanya sekadar itu, diberi pahala Tuhan, insyaAllah. Walhal, dia akan mendapat ganjaran Tuhan yang lebih besar dengan menggembirakan rakan atau saudaranya yang menjamunya. Sama juga bagi mereka yang didatangi tetamu, maka bagi yang berpuasa boleh sahaja berbuka. Kecuali sudah lewat petang dan waktu berbuka sudah hampir, boleh sahaja dia teruskan berpuasa.


Puasa sunat untuk wanita

Bagi wanita-wanita timbul persoalan bagaimana hendak mengerjakan puasa sunat sedangkan masih ada puasa yang tertinggal yakni perlu diqadha. Ulama berselisih pendapat tentangnya, tapi ambillah pendapat yang menyatakan antara puasa qadha dan puasa sunat maka puasa qadha perlu diutamakan.  Tuntutan puasa qadha adalah fardhu dan fardhu lebih utama dari sunat. Bahkan ada hadis Rasulullah menyebut, “hutang kepada Allah lebih berhak dibayar”. Kata-kata Sayyidatina Aishah yang menyatakan bahawa beliau menggantikan puasa di bulan Syaaban itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk melewat-lewatkan ganti puasa. Ada halangan tertentu yang membuatkan Sayyidatina Aishah berbuat begitu. Bagi kita yang tidak mempunyai sebarang halangan, maka eloklah bersegera.

Seperkara lagi, bagi wanita ambillah pendapat bahawa berpuasa qadha itu sudah memenuhi tuntutan berpuasa 6 hari di bulan syawal. Namun, tidak salah jika ada kekuatan, selepas berpuasa qadha, menambah 6 hari berpuasa sunat sebagai keluar daripada perselisihan pendapat ulama yang menyatakan perlu berbuat demikian. Khusus juga untuk wanita yang bersuami, bilamana suami ada di sisinya maka perlu kepada keizinan suami untuk berpuasa sunat. Ini sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Perlu difahami, layanan kepada suami itu satu kewajiban dan lebih besar manfaatnya berbanding dengan puasa sunat. Bagi puasa qadha, walaupun ia fardhu, sebagai adab, suami perlu dimaklumkan juga.

 (Artikel  5 Nov 2006 ini diulang siar untuk ingatan kita bersama)

Dec 8, 2009 - 1    No Comments

Blog Fekah

Anda juga dipersilakan untuk melawat blog Editor >>> http://fekah.blogspot.com

Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan dalam comments. Syukran.

Oct 19, 2009 - Uncategorized    No Comments

Beberapa Persoalan Fiqh Berwudhuk

1. Jika seorang yakin dirinya berwudhuk , kemudian datang seorang adil mengkhabarkan – dia disentuh oleh seorang perempuan;  atau mengkhabarkan - dia terkentut, maka wajib mengamalkan khabarnya. Justeru perlu dia mengulangi wudhuk.

2. Jika seorang yakin dirinya berhadas, kemudian datang seorang adil mengkhabarkan – dia telah berwudhuk, maka tidak harus mengamalkan khabarnya.  Justeru perlu dia mengulangi wudhuk.

Rujukan: Sabilal Muhtadin

May 1, 2008 - Uncategorized    4 Comments

Najis yang dimaafkan

(sumber: laman blog salman maskuri)

1. Percikan air kencing yg tidak dilihat oleh pandangan yg sederhana, samada yg mengenai tubuh, baju atau tempat. (Muktamad)

2. Air liur basi(yg keluar dr perut) bg org sentiasa keluar.(Mughnil Muhtaj)

3. Air yg terkena najis ikan selagi mana air tersebut tidak berubah.(Mughnil Muhtaj)

4. Darah yg berbaki pada tulang dan daging. Saidatina ‘Aisyah r.a berkata:
“Kami memasak pd periuk batu di zaman Rasulullah sehingga nampak kekuningan pada masakan kerana darah. Kami makan masakan itu dan baginda tidak menegahnya.” (Mughnil Muhtaj)

5. Bangkai ulat pada buah dan cuka. Boleh makan buah tersebut dgn ulat itu. (Mughnil Muhtaj)

6. Najis yg digunakan sebagai ubat sekiranya tidak ada ubat yg bersih menempati tempatnya. (Mughnil Muhtaj)

7. Bangkai binatang yg tidak mengalir darah kalau dipotong anggotanya ketika hidup seperti lebah, kala jengking, cicak, lalat, kutu dan sebagainya. Bangkai ini tidak menajiskan cecair sahaja.Kalau dibawa bangkai ini ke solat tidak sah solat tersebut.
Dalil ia tidak menajiskan cecair adalah sabda Nabi s.a.w:
“Apabila lalat jatuh pada minuman sesorang hendaklah dia menenggelamkan kesemuanya kemudian hendaklah dia mengangkatnya. Ini kerana salah satu dari kepaknya adalah penyakit.”(Hr Bukhari) -Mughnil Muhtaj-
Adapun darah dari binatang2 ini adalah dimaafkan pada baju dan badan. -Majmuk-

8. Tahi burung ditempat2 yg banyak burung. -Muktamad-

9. Tanah2 di jalan yg terkena pakaian manusia sekalipun tanah yg diyakini ia bernajis. Ini kerana susah nak dielakkan. -Muktamad-

10. Mulut budak kecil yg terkena muntah ketika menyusu puting ibunya. -Muktamad-

11. Bulu2 yg terpisah dari haiwan yg tidak halal dimakan (melainkan anjing dan babi) adalah najis. Kalau ia sedikit sperti 2 – 3 helai bulu kucing maka dimaafkan. Dimaafkan bulu2 tersebut walaupun banyak bagi org yg menunggang binatang tersebut. (I’anatut Tolibin)

12. Darah yg keluar disebabkan buasir bg org yg mengalami penyakit buasir. (I’anatut Tolibin)

13. Darah yg keluar dari binatang kecil yg tidak ada darah yg mengalir seperti nyamuk, kutu dan sebagainya. (I’Anatut Tolibin)

14. Darah bisul, jerawat dan luka sekalipun banyak. Begitu juga dengan nanah dan airnya. Dimaafkan sekalipun banyak dan mengenai pakaian dgn syarat:
1. Bukan dgn sebab perbuatan sendiri.
2. Tidak melebihi bahagian yg kena.
Kalau dgn sebab perbuatan sendiri maka dimaafkan jika sedikit sahaja. Begitu juga jika melampaui bahagian anggota yg lain. Begitu juga dimaafkan darah org lain jika sedikit. (I’anatut Tolibin)

15. Sedikit darah haid, darah hidung dan juga sedikit darah yg keluar dari semua anggota yg terbuka melainkan dr tempat yg keluar najis (sperti tahi berdarah). -I’Anatut Tolibin-

16. Darah berbekam walaupun banyak selagi masih ditempat yg dibekam. -I’anatut Tolibin-

17. Darah gusi selagimana tak ditelan dalam solat. -I’anatut Tolibin-

18- Najis yg ada pada ikan kecil. -I’anatut tolibin-

19- Najis yg ada pada mulut budak kecil dan orang gila. -I’anatut tolibin-

20- Najis yg dibawa oleh kaki lalat -I’anatut tolibin-

21- Najis yg ada di anggota terbuka (sprti mulut, hidung dll) binatang abila terkena air. -I’anatut Tolibin-

22- Najis tikus yg terkena air jika banyak tikus najis2 tikus yg terkena pada air2. -I’anatut Tolibin-

Tambahan:
Makan air liur org lain adalah tidak dibenarkan melainakan Air liur pasangan(ketika suami menyedut lidah isteri atau sebaliknya) dan air liur orang yg soleh(ambik berkat) yg sudah tidak rasa jijik.(Umdatul Mufti wal Mustafti).

Rujukan: Majmuk oleh Imam Nawawi, Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Muktamad oleh Muhammad Zuhaili, I’anatut tolibin oleh Syed al-Bakri dan Umdatul Mufti Wal Mustafti oleh Ahmad Abdul Bari Al-Ahdal.

Pages:12345»