Dec 9, 2006 - Uncategorized    14 Comments

Susunan Saf Dalam Solat Berjemaah

(Petikan daripada Akhbar Didik) 

1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki

- Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam.

2. Imam bersama seorang makmum perempuan

- Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam.

3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan

- Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati kedudukan imam.

4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan

- Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki.


5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz).

- Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam

- Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam

- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki

- Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa

6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz)

- Lelaki dewasa di belakang imam

- Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) di belakang lelaki dewasa

- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz)

- Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) di belakang perempuan dewasa


14 Responses

  • ada pendapat dan yang ini harus dipegang, kanak-kanak perempuan di hadapan saf perempuan dewasa.

  • Saya ada sedikit kemuskilan jikalau kita berada disuatu tempat dimana
    seorang bersembahyang dimana dikanannya dinding dan kita baru sampai
    kemudian hendak masuk jemaah bolehkah kita masuk dari sebelah kiri
    Adakah sah jemaahnya? ini kerana ada org mengatakan jikalau keadaan
    demikian keadaan berlaku kita masuk dia mengatakan tak sah
    disebabkan kena masuk dari kanan.Manakah lebih baik hanya kerana hendak masuk
    dari kanan sahaja baru sah.Walaupun masuk dari kiri tapi
    kan lebih elok dapat jemaah dari tak.Saya mintak pandangan kat sini?

  • Yang sunatnya berdiri di bahagian kanan imam kerana kita hanya seorang makmum. Tapi jika ada masalah di bahagian kanan seperti ada dinding, maka tiada halangan untuk kita berdiri di kiri makmum dan sah solat kita.

  • Minta jelaskan detail tentang kedudukan saf wanita yang bersembahyang berjemaah bersama-sama dengan ramai lelaki dan ramai perempuan. Diatas ada dijelaskan wanita berada di belakang makmum lelaki. Pertanyaan saya wanita akan memulakan saf di sebelah kanan atau kiri??

  • Wanita adalah di belakang lelaki. Ada pendapat di belakang kiri sedikit daripada saf lelaki. Tetapi yang terpilih adalah wanita berdiri berbetulan di tengah belakang saf lelaki.

  • askum..saya ingin bertanya..kawan saya membawa 2 orang anak perempuannya yang berumur 8 tahun mengerjakan sembahyang sunat terawih..dan dia bersama anak2nya berada didalam saf yang paling hadapan sekali..dan betul kah ada seorang makcik mengatakan dia terputus saf dan tidak mendapat pahala sembahyang berjemaah disebabkan dia berada di saf belakang anak2 kawan saya tadi..

  • berbetulan tuu maksudnya apa ya?
    maksudnya, makmum perlu rapat ke tengah atau ke sebelah kiri?

  • minta penjelasan lebih dan dalil yang kukuh tentang kedudukan imam dan makmum yang sebenar dalam saf bg imam wwanita n makmumnya juga wanita.sy jd semakin keliru apabila sepanjang sekolah dahulu sy belajar, imam berada hadapan sedikit dari makmum,, tetapi,, apabila di kolej, apa yg saya pelajari adalah kedudukan makmum dan iman adalah selari dalam satu saf.terima kasih.

  • salam.. boleh saya bertanya…. adakah dibolehkan makmum perempuan satu saf dengan makmum lelaki semasa solat berjemaah? apakah dalil dan hujah2 nya?

  • Mohon beri penjelasan berkaitan solat jemaah yg dibuat oleh kedua mertua saya, di mana ibu mertua saya jika berjemaah bersama suaminya dia akan berada di sisi sebelah kanan imam (suaminya).

    jika solat jemaah bersama suami dan anak2 lelakinya dia akan berada satu saf dgn anak2 lelakinya. saya pernah bertanyakan hal ini kepada suami tetapi saya pula dimarahinya. katanya ibubapa tlh ke mekah mrk tentu lbh tau mengenai hal ini.

    apa hukum jemaah mrk? harap dapat beri penjelasan. terima kasih

  • Tak menjadi kesalahan di sisi kanan imam (suami) bagi isteri tetapi menyalahi yang utama. Adab dan keutamaannya ialah bila isteri dan suami dalam saf, maka isteri di berbetulan di belakang suami. Dan sepatutunya bila bersama anak-anak lelaki maka safnya di belakang anak-anak lelaki tersebut.

  • Berbetulan itu maksudnya selari di belakang imam.

  • Assalamu’alaikum… Saya ingin bertanya bolehkah seorang wanita bersendirian berimamkan seorang lelaki yg bukan muhrimnya tetapi mereka bakal menjadi suami isteri?

  • Waalaikumussalam.
    Kedudukan saf solat jemaah bagi seorang lelaki dan seorang wanita ialah lelaki di hadapan dan wanita itu berdiri bertentangan di belakangnya. Kalaulah lelaki itu bukan mahram bagi wanita itu maka sebaiknya dielakkan bagi mengelakkan fitnah walaupun ia di tempat terbuka. Jadi haram jika di tempat tertutup dan hanya berdua sahaja. Sekian.

Leave a Reply